قال العلامة ابن الوزير في كتابه: "العواصم والقواصم" 2/274 : (إن التكذيب لحديث رسول الله صلى الله عليه وسلم مع العلم أنه حديثه كفر صريح).
Menolak hadis nabi sedangkan tahu hadis yang ditolak itu adalah hadis Rasulullah, maka dia kafir yang nyata.
Kata As-suyuthi dalam Miftahul jannah Fil Ihtijaj Bi Sunnah:
Ketahui \lah bahawa sesiapa yang mengengkari hadis nabi SAW, sama ada perkataannya atau perbauatannya dengan syarat-syarat yang telah pun dikenali dalam prinsip2 berhujjah, dia jadi kafir dan terkeluar dari Islam, dihimpunkan bersama Yahudi dan Nasara atau sesiapa yang Allah kehendaki dari puak yang sesat.