Wednesday 20 December 2017

MENCINTAI ORANG SOLEH

Bersahabat dengan orang yang soleh, akan mengangkat kemuliaan diri. Lihat sahaja bagaimana mendapat kemuliaan oleh seekor anjing yang menurut Ashabul Kahfi. Ia disebutkan dalam Al-Quran , surah Al-Kahfi sebanyak 4 kali. Kerana dia mengikut Ashabul Kahfi, ia disebut dalam kitab suci. Oh...sungguh bertuah anjing itu. Jika tidak kerana dia mengikut gerombolan pemuda beriman itu, tiadalah bezanya ia dengan anjing-anjing yang lain.

Begitulah anda wahai insan...jika anda bersahabat dengan orang soleh, anda akan jadi mulia. Jika temanmu seornag Wali Allah, kamu akan mendapat kemuliaan juga di sisi Allah. Itulah faedah berteman dengan orang soleh. Setelah berteman, hendaklah mencintai teman itu. Janganlah pula kalau berteman, lalu membuat angkara dan menyebar kebencian. Itu bukan teman namanya.

Dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Kitab  Manaqib Sahabat-Bab Manaqib Umar Al-Khattab, sebutkan kisah seorang lelaki yang datang bertanya kepada nabi SAW:


يا رسول الله، متى الساعة؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ما أعددت لها) قال: حب الله ورسوله. قال: (فأنت مع من أحببت). في رواية قال أنس بن مالك: فما فرحنا بعد الإسلام فرحا أشد من قول النبي صلى الله عليه وسلم: (فأنت مع من أحببت). قال أنس: فأنا أحب الله ورسوله وأبا بكر وعمر، فأرجو أن أكون معهم وإن لم أعمل بأعمالهم.

Wahai Rasulullah! Bilakah akan berlakunya Kiamat? Kata Rasulullah SAW: Apa yang kamu sediakan untuknya? Lelaki itu menjawab: Aku tidak tidak sediakan apa-apa melinkan kecintaanku kepadamu. Balas Rasulullah SAW: Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai. Dalam riwayat itu, Anas berkata: Kami tidak pernah rasa segembira hari itu sejak menjadi Islam lantaran mendengar perkataan Rasulullah SAW iaitu: Kamu akan bersama orang yang kamu cintai. Lalu kata Anas: Aku mencintai Rasulullah SAW, dan juga Abu Bakar serta Umar dan aku berharap akan bersama mereka di akhirat sekalipun amalku tidak seperti mereka.