Tuesday 9 August 2022

Kewalian itu Kasbiah atau Wahbiyyah?

Kaum sufi mengimani bahawa kewalian yang dicapai dengan usaha melibatkan amal soleh dna ketakwaan, itulah adalah kewalian awam (wilayatul awam). Sementara wilayatul haqiqah bagi mereka ialah  wilayatul wahbiyyah. 

Dengan kata lain, seorang yang melakukan amal takwa dia boleh menjadi wali. Tapi kewaliannya itu adalah kewalian taraf orang awam  atau ahli ibadat. Kewalian yang lebih hebat dan lebih hakiki adalah kewalian yang datang dengan anugerah Allah. Kekadang, orang itu gila, tetapi dia wali. Kekadang, dia ahli maksiat, tapi dia wali. 

Kepercayaan seperti ini terbit daripada pemikiran zindiq yang bertopengkan kesufian.

Lalu tidak hairanlah ada kalangan yang mendakwa orang sufi tapi percaya orang bgila sebagai wali. Ada orang minum arak dianggap wali. Ada orang meliwat, menyetubuhi keldai dan pelawak dianggap wali. Sang Tabbal (pemukul gendang) dianngap wali. Ini kerana akar kepercayaan kewalian mereka adalah wilayah wahbiah. Sebagaimana kenabian bukan atas usaha tetapi anugerah, demikianlah mereka menisbahkan kepada kewalian.


Tentu ini bukan kefahaman Islam. Ini adalah kefahaman golongan zindiq.

Monday 8 August 2022

ABDUL AZIZ AD-DABBAGH DAKWA ADA 700 RASUL SEBELUM NABI NUH

 Abdul Aziz Ad-Dabbagh adalah seorang tokok tasawwuf di Maghribi. Beliau lahor tahun 1095H dan meninggal tahun 1131H. Beliau seorang buta huruf  akan tetapi diceritakan punya ilmu yang luar biasa dan banyak hal keramat yang berlaku atasnya.

Cerita mengenainya banak direkodkan oleh muridnya Ahmad Al-Mubarak menerusi kitabnya yang dinamakan "Al-Ibriiz".