Wednesday 18 August 2021

SENARAI PEMERINTAH KERAJAAN SALJUK


 

Monday 9 August 2021

AHLI TASAWWUF MENJAUHI PERKAHWINAN ATAS ALASAN ZUHUD

 Menjauhi wanita adalah manifestasi zuhud dalam ajaran beberapa kalangan ahli tasawwuf. 


Petikan daripada kitab 'Taqdisus al-Asykhas fi Fikiris Sufi' oleh Muhammad Ahmad Luj

Mereka mengharamkan perkahwinan atas diri mereka. Banyak hikayat dalam kitab-kitab tasawwuf yang menceritakannya. Boleh semak kitab "tazkiratul auliyaa" oleh fariduddin al-attor.

Warad dalam kitab Tanbihul Mughtarin oleh As-sya'rani ms 29: Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah memasukkan dunia ke dalam rumahnya, hendaklah kamu waspada terhadap perkahwinan"

Bukankah ini bertentangan dengan sunnah nabi yang meletakkan berkahwin itu melengkapkan agama? Sedanghkan ajaran tasawwuf sedemikian meletakkan perkahwinan itu merosakkan agama kerana ia adalah dunia!

Dr. Abdul Halim Mahmud, seorang tokoh tasawwuf kontemporari asalm Mesir menyatakan jalan tasawwuf yang ditempuh semacam ini adalah tiada kaitan dengan Islam. Kata beliah dalam kitabnya "As-Sirrul A'zom" ms 112,