Thursday 8 September 2022

NEGARA-NEGARA YANG BERAJAKAN RATU ENGLAND

Ratu Elizabeth II naik tahta tahun 1952 setelah kemangkatan ayahnya King George VI. Pada 8 September 2022 beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Istana Buckinggam, England.

Beliau menjadi raja kepada 15 buah negara. Tahun 2021 negara Barbados membebaskan diri daripada pemerintahan ratu Elizabeth II.

Negara-negara yang masih berajakan Raja England kini ialah:

  1. United Kingdom,
  2. Canada,
  3. Australia,
  4. Papua New Guinea,
  5. New Zealand, 
  6. Jamaica.
  7. Bahamas
  8. Beliza
  9. Grenada
  10. St. Lucia
  11. St.Kitts and Nevis
  12. Tuvalu
  13. Kepualauan Salamon
  14. St Vincent and Grenadines
  15. Antigua and Barbuda

Tuesday 6 September 2022

Iradat kauniyyah dan iradat Syar'iyyah

 Antara sifat wajib bagi Allah adalah Iradat iaitu Allah maha berkehendak. Sifat berkehendak Allah SWT ini hendaklah dilihat dalam dua aspek agar kita tersesat dalam dalam soal takdir sebagaimana telah sesat banyak firqah akidah seperti Qodariyyah dan Jabariyyah.

Dua jenis Iradat itu ialah:

1) Iradat Kauniyyah

2) Iradat Syar'iyyah

Terdapat dua perbezaan antara dua iradat ini iaitu:

1) Keterkaitan dengan sifat redha dan mahabbah Allah SWT.

Iradat Kauniyyah pasti berlaku dan tidak ada kaitan dengan perkara yang Allah suka atau tidak. 

  • Allah mahu kamu dapat hidayah tetapi Allah mahu kamu tidak dapat hidayah!

Sementara Iradat Syar'iyyah berkait dengan yang Allah suka dan redha sahaja.

  • Allah mahu kamu beriman dan Allah tidak mahu kamu kufur.


2) Kemestian berlaku.

Iradat kauniyyah pasti terjadi, tidak dapat tidak.

Sementara Iradat Syariyyah boleh tidak berlaku


Catatan Tambahan:

  • Imam Abu Bakar-berhimpun padanya dua iradat, iaitu iradat Syariyyah dan Kauniyyah.
  • Iman Abu lahab-Hanya ada iradat Syariyyah namun tiada iradat Kauniyyah.
  • Kufur Abu Bakar/orang beriman-Tiada padanya iradat Syariyyah dan tiada juga iradat kauniyyah