Tuesday 12 October 2021

SAIFUDDIN QUTUZ

Nama ini terpahat dengan tinta emas. Dialah seorang pemimpin yang berjaya mengalahkan serbuan tentera Mongol dalam perang Ain Jalut. Siapakah Saifuddin Qutus ini?

Beliaulah putera di antara putera kerajaan Khawarizmi. Namanya adalah Mahmud bin Mamdud Al-Khawarizmi. Ayahnya Mamdud Al-Khawarizmi adalah sepupu kepada Sultan Jalaluddin Al-Khawarizmi. bahkan ayahnya itu telah berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Jalaluddin Al-Khawarzmi yang melahirkan Qutuz dengan dengan nama Mahmud. Qutuz itu adalah panggilan yang diberikan oleh pasukan Miogol ke atasnya yang membawa maksud "Anjing Garang".

Bila kerajaan Khawarizmi jatuh ke tangan Mongol, Mahmud bin Mamdud adalah antara tawanan yang digiring dan dijual kepada pedagang hamba di Kota Damsyiq. Sorang hartawan di sana telah membelinya dan dibelanya dengan baik. Dia belajar bahasa Arab.Hafaz Al-Quran dan belajar hadis. Bila orang kaya itu mati, dia dimiliki seterusnya oleh anak orang kaya itu. Dia tidak mendapat layanan yang baik dan dia kemduiannya dijual kepada sang kaya yang lain. Orang kaya ini adalah anak kepada slah seorang pembantu ulama besar bernama Izzuddin bin Abdus Salam. Ini menjadikan jalan terang buat Saifuddin Qutuz untuk mendalami agama dan masuk ke arena politik. 

Kala itu Sultan Damsyiq As-Soleh Ismail tidak mahu berperang dengan tentera Salib  dab mengambil jalan bersekutu dengan mereka. Cara ini ditentang oleh Sultan Mesir As-Soleh Ayyub dan baginda melancarkan seerang melawan tentera Salib. Di sinilah Saifuddin Qutuz terjun melibatkan dirinya sebagai Jundi.

Saifuddin Qutuz minta supaya tuannya jualkan dia kepada Sultan As-Soleh Najmuddin Ayyub agar dia dapat berada dalam barisan tentera mamalik Sultan. Tuannya pun bersetuju.Ini menjadikan dia dekat dengan Orang keparcayaan Sultan As-Soleh Najmuddin Ayyu iaitu ketua mamalik yang bernama   Izzuddin Aibak.


Inilah jalan-jalan yang disediakan Tuhan bagaimana seorang putera kerajaan akhirnya menjadi raja juga walau mehnah perhambaan membelitnya.



Monday 11 October 2021

TA'BIR MIMPI MENGENAI RAJA

 1) Sesiapa yang bermimpi menjadi raja, sedangkan dia bukanlah orang yang sepatutnya jadi raja, maka itu membawa isyarat bahawa dia akan mati dalam masa yang terdekat.

2) Sesiapa yang sedang sakit lalu mimpi melihat raja , itu juga membawa takbir bahawa ajal telah dekat dan hendaklah dia persiapkan amal yang secukupnya.

3) Jika seseorang bermimpi raja tidur dekat dengannya , itu membawa maksud bahawa ada kejahatan yang bakal mendekatinya

4) Pada prinsipnya raja dalam mimpi mewakili Allah. Jika lihat raja tesenyum , ia menunjukkan anda dalam keadaan kenbaikan yang disukai Allah. Jika lihat raja berwajah masa dan durja, itu menunjukkan anda dalam kejahatan yang dimurkai Allah SWT.