Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Wednesday, 20 December 2017

MENCINTAI ORANG SOLEH

Bersahabat dengan orang yang soleh, akan mengangkat kemuliaan diri. Lihat sahaja bagaimana mendapat kemuliaan oleh seekor anjing yang menurut Ashabul Kahfi. Ia disebutkan dalam Al-Quran , surah Al-Kahfi sebanyak 4 kali. Kerana dia mengikut Ashabul Kahfi, ia disebut dalam kitab suci. Oh...sungguh bertuah anjing itu. Jika tidak kerana dia mengikut gerombolan pemuda beriman itu, tiadalah bezanya ia dengan anjing-anjing yang lain.

Begitulah anda wahai insan...jika anda bersahabat dengan orang soleh, anda akan jadi mulia. Jika temanmu seornag Wali Allah, kamu akan mendapat kemuliaan juga di sisi Allah. Itulah faedah berteman dengan orang soleh. Setelah berteman, hendaklah mencintai teman itu. Janganlah pula kalau berteman, lalu membuat angkara dan menyebar kebencian. Itu bukan teman namanya.

Dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Kitab  Manaqib Sahabat-Bab Manaqib Umar Al-Khattab, sebutkan kisah seorang lelaki yang datang bertanya kepada nabi SAW:


يا رسول الله، متى الساعة؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ما أعددت لها) قال: حب الله ورسوله. قال: (فأنت مع من أحببت). في رواية قال أنس بن مالك: فما فرحنا بعد الإسلام فرحا أشد من قول النبي صلى الله عليه وسلم: (فأنت مع من أحببت). قال أنس: فأنا أحب الله ورسوله وأبا بكر وعمر، فأرجو أن أكون معهم وإن لم أعمل بأعمالهم.

Wahai Rasulullah! Bilakah akan berlakunya Kiamat? Kata Rasulullah SAW: Apa yang kamu sediakan untuknya? Lelaki itu menjawab: Aku tidak tidak sediakan apa-apa melinkan kecintaanku kepadamu. Balas Rasulullah SAW: Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai. Dalam riwayat itu, Anas berkata: Kami tidak pernah rasa segembira hari itu sejak menjadi Islam lantaran mendengar perkataan Rasulullah SAW iaitu: Kamu akan bersama orang yang kamu cintai. Lalu kata Anas: Aku mencintai Rasulullah SAW, dan juga Abu Bakar serta Umar dan aku berharap akan bersama mereka di akhirat sekalipun amalku tidak seperti mereka.

Saturday, 18 October 2008

ANJING YANG MENJELIR LIDAH

 واتل عليهم نبأ الذي آتيناه آياتنا فانسلخ منها فأتبعه الشيطان فكان من الغاوين * ولو شئنا لرفعناه بها ولكنه أخلد إلى الأرض واتبع هواه فمثله كمثل الكلب إن تحمل عليه يلهث أو تتركه يلهث ذلك مثل القوم الذين كذبوا بآياتنا  
الأعراف:175-176 . 
Maksudnya:

(175. ) Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), Kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (176.)  Dan kalau kami menghendaki, Sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, Maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). demikian Itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Para penjilat akan menyesal


{وَبَرَزُوا لِلَّهِ جَمِيعًا فَقَالَ الضُّعَفَاءُ لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ أَنْتُمْ مُغْنُونَ عَنَّا مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ قَالُوا لَوْ هَدَانَا اللَّهُ لَهَدَيْنَاكُمْ سَوَاءٌ عَلَيْنَا أَجَزِعْنَا أَمْ صَبَرْنَا مَا لَنَا مِنْ مَحِيصٍ(21)وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ(22)وَأُدْخِلَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلامٌ(23)}.






Surah Ibrahim: 21-23

21.  Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong: "Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, Maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja? mereka menjawab: "Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh ataukah bersabar. sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri".
22.  Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) Telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah Telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun Telah menjanjikan kepadamu tetapi Aku menyalahinya. sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) Aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca Aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya Aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan Aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.
23.  Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salaam".