Thursday 14 July 2022

Orang yang dianggap soleh belum tentu kata-katanya diambil

Orang yang kelihatan soleh, banyak ibadatnya serta zuhid pula, belum tentu benar dalam kata-katanya. Al-Haris Al-Muhasibi dikenal orang pada zamannya sebagai orang soleh dan ahli dalam beribadah. Dia mengarang kitab mengenai kezuhudan , akan tetapi ulama lain mentahzir orang daripada membaca kitabnya. Umpamanya Abu Zur'ah Ar-Razi (Meninggal: 264 H) menyatakan dalam kata-katanya buat seorang yang bertanya kepadanya tentang Al-Harith Al-Muhasibi (Meninggal: 243H):


"Jauhi olehmu kitab ini, Kitab ini adalah kitab yang mengandungi bid'ah dan kesesatan. Cukuplah buatmu dengan hadis,ianya memadai buatmu".

Demikian reaksi Abu Zura'ah. Kata Imam Az-Zahabi dalam Al-Mizan, bagaimanalah kalau Imam Abu Zura'h lihat kitab-kitab yang muncul kemudiannya yang lebih sarat dengan kekarutan berbanding apa yang ditulis oleh Al-Muhasibi. Kandungan dalam kitab "Al-Quut oleh Abu Talib Al-Makki dan Bahjatul Asrar karya Ibn Jahdham lagi parah.






Bagimana kalau nAbu Zur'ah lihat isi kitab Ihya' oleh Imam al-Gazali yang di dalamnya ada banyak hadis palsu? Apatah lagi kalau dilihat kitab-kitab Ibn Arabi.


Renungkan sebuah riwayat mengenai sikap Rasulullah SAW: (di screenshot daripada kitab Al-ba'ith lil khalas bin hawadith al-qussos, karya ِAl-Hafiz Al-Iraqi (ms 61)