Thursday 29 July 2021

ABU ABDULLAH AS-SYI'I

 Lelaki ini adalah seorang yang misterius. Tidak banyak diketahui mengenainya. Apa yang disebut tentang dirinya, banyak pula khilaf para sejarawan. namun, dia adalah tokoh penting di sebalik tegak berdirinya kerajaan Fatimiyyah pada tahun 912 M di Maghribi.

Pendapat Ibn Athir dan Ibn Khalikan, dia berasal Son'a dan pendapat ini disokong oleh Ibn Uzari. Al-Qadhi An-Nukman kata asalnya adalah Kufah. Namanya .Kata MAqrizi, asalnya adalah Ram Hurmuz.

Dia digelar Al-Mu'allim. Beliau juga disebut dengan panggilan Abu Abdullah Ad-da'i dan ditambah As-Syi'i kerana kecenderungan alirannya.

Dakwahnya adalah untuk mengangkat Ubaidillah Al-Mahdi sebagai khalifah.

Tuesday 27 July 2021

PENTINGNYA USLUB YANG BETUL


 Seorang raja bermimpi. Mimpinya, semua giginya tercabut. baginda merasa terganggu dengan mimpi itu. lalu disuruh bawakan ahli nujum untuk menta'bir mimpinya itu. Lalu datanglah ahli nujum dan diapun mentafsirkan mimpi raja. Katanya, mimpi itu bermaksud semua pembantu raja akan mati. Raja jadi terkejut, marah dan takut. Lalu diperintahkan agar ahlil nujum itu dihukum pancung. baginda kemudiannya menyurug bawakan ahli nujum yang lain. Ahli nujum kedua ini pun berfikir dan dia berkata kepada raja. Mimpi raja membawa maksud raja paling panjang umur berbanding para pembantunya. raja rasa girang dan dia pun diberi hadiah.

Lihat...bukan tafsiran mimpi abli nujum pertama dan kedua mempunyai maksud yang sama. pembantu raja akan mati semuanya. Cuma, ahli nujum yang kedua menggunakan kaedah yang berhati-hati. Dia kata raja paling panjang umurnya! Maknanya, pembantu raja semua akan mati sebelum raja!

haha...raja itu nampak bongoknya...

Saturday 24 July 2021

PERTANYAAN-PERTANYAAN BESAR

 Sebagai insan, banyak pertanyaan bermain dalam fikiran kita.  Bertanya bukanlah satu kesalahan kerana manusia memang lumrahnya ingin tahu. Sebahagian pertanyaan itu adalah wajar. Akan tetapi, ada pertanyaan yang tidak wajar. Itulah pertanyaan besar. Namun, pertanyaan tersebut perlu diladeni dengan baik.


Rujuk lama web:


https://suaal.org/%d8%a7%d9%84%d8%a3%d8%b3%d8%a6%d9%84%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d9%83%d8%a8%d8%b1%d9%8a/