Tuesday 9 July 2019

MAHMUD MUHAMMAD TOHA

Lahir tahun 1909 di bandar Rifa'ah, Tengah Sudan.

Jemaahnya -Jumhuriyyun

Orang selalu sebutnya sebagai Mufakkir Islami Sudan

18 Januari 1985 dihukum bunuh atas tuduhan murtad oleh Mahkamah Sudan.

Pemikirannya berasaskan dakwaan bahawa Islam sebenar adalah Islam Zaman Mekah.

Atas dasar itu, beliau menyeru kepada pemansuhan Jihad kerana ayat-ayat Quran yang turun mengenai Jihadi adalah zaman Madinah.

Tahun 1967- Beliau menyeru agar hentikan peperangan dengan Israil dan menyeru kepada perdamaian.

Beliau mengemukan pendapat tentang konsep solat. Solat bukan perentah berterusan tetapi sememntara. hanya perlu dilakukan pada peringkat Islam dan Iman. Lepas sudah jadi beriman, tak perlu solat lagi. Solat pun, kalau mahu buat hanya dalam bentuk munajat. Tiada Rukuk dan tiada sujud. Itulah munajat hati dan fikir. Solat lima waktu tiada lagi!


Baginya juga, zakat bukan wajib. Siapa yang nak keluarkan, boleh. Selepas nabi wafat, zakat pun tidka wajib lagi (Macam dakwaan Tulaihah bin Khuwailid dan Abu Aswad Al-Ansi yang diperangi zam,an Abu Bakar))

Atas 3 faktor ini, Mahmud Muhamamd Toha dihukum murtad oleh mahkamah Sudan dan dijatuhkan hukuman bunuh.


Selain itu, beliau juga menyeru persamaan antara lelalaki dan perempuan. Tiada beza dalam pusaka. Ayat yang sebut lelaki dua kali wanita itu adalah ayat Madani yang bukan bertujuan mewajibkannya. ia adalah satu bentuk tadriji yang mengeluarkan wanita daripada mangsa kezaliman masyarakat kepada keadilan Islam.

Beliau juga mengatakan hukum hijab tak ada dalam Islam.

Perkahwinan kekal-tiada talak

Poligami haram kecuali dalam keadaan isteri sakit dan itupun kena dimaklumkan isteri. Poligamin di luar pengetahuan isteri adalah batal.

Bergaduh dengan Ikhwanul Muslimin.

Sudan dibawah pimpinan Ja'far An-Numairi, tahun 1985 tangkap dan jatuhkan hukuman bunuh atasnya.

Ja'far An-Numairi laksanakan hudud dan Jizyah atas kaum Kristian. Ditentang oleh Mahmud Mumamad Toha.

Nota Penulis:

Kalau nak fikir...domba do padang pun boleh fikir. Sekadar fikir apa susah. Tapi, biarlah fikir berteraskan wahyu. Bukan membangkang wahyu. bagaimana mahu digelar mufakkir islam kalau hasilnya merobek pusaka Islam.

0 comments: