Monday 18 January 2021

ZAID BIN 'AMRU BIN NUFAIL AL-'ADWI AL-QURASYI


Beliau adalah seorang Arab Quraisy yang beriman dengan agama nabi Ibrahim sebelum kebangkitan nabi Muhammad sebagai Rasul. Beliau banyak mengembara  ke luar negeri dan bertemu dengan rahib Nasrani maupun Yahudi. Dari mereka dia mendengar khabar-khabar tentang dekatnya kemunculan nabi akhir zaman. Walaupun dia pernah bertemu dengan nabi Muhammad SAW, ketika itu baginda belum lagi jadi nabi. Zaid ini seorang yang menjaga dirinya daripada terlibat dengan kepincangan orang Quraisy yang menyembah berhala. Beliau tidak makan sembelihan mereka yang dibuat untuk berhala. 

Anaknya bernama Said bin Zaid adalah sahabat nabi Muhammad SAW yang dekat. Bahkan dia antara 10 sahabat yang diberi khabar gembira masuk syurga.

Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Asakir yang disahehkan oleh Albani, Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah masuk ke Syurga dan aku mendapati bagi Zaid bin Amru bin Nufail ada dua darjat. 

Beliau meninggal pada tahun 605M terbunuh oleh gerombolan daripada kaum Lakham . Dikatakan semasa dia sakarat, dia mengungkapkan: 

 

(اللهم إن كنت حرمتني صحبة نبيك فلا تحرم منها إبني سعيداً)

" Ya Allah, jika kau haramkan aku bersahabat dengan nabiMU, janganlah haramkan ia daripada anakku".

Ternyata Allah makbulkan doanya. Anaknya masuk Islam sebagai Assabiqunal Awwalun dan berjuang berngan kalangan awal yang lain bersama nabi SAW.

Rahmatullah 'ala Zaid bin Amru.

0 comments: