Saturday 4 September 2021

Ta'bir mimpi

1)  Seorang lelaki berkata kepada Ibn Sirin: 


Aku bermimpi, ada bersamaku 4 keping roti lali aku lihat matahari terbit.


Lalu Ibn Sirin menta'birkan mimpinya dengan katanya: Kamu akan meninggal dunia selepas 4 hari.

Ta'bir mimpi Ibn Sirin ini adalah berdasarkan ayat Quran:

4 keping roti melambangkan razeki hanya berbaki 4 hari. Manakala naiok matahari melambangkan sampainya ajal. Dalam ayat di atas, Allah menyebutkan bahawa matahari menjadi tanda. Selepas itu Allah menyebutkan bahawa Dia akan mematikan.


2) Kisah lain, seorang berkata kepada Ibn Sirin: Aku melihat satu kampit yang penuh berisi tanah.

Kata Ibn Sirin: Kamu akan mati

Ibn Sirin berdalilkan ayat Quran:

فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَىٰ مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنسَأَتَهُ ۖ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَن لَّوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ (14)

Ini adalah contoh bagaimana ta'bir sesebuah mimpi difahami berdasarkan ayat-ayat Quran yang berkaitan. Ini sesungguhnya satu seni yang sangat tinggi untuk seseorang penta'bir mimpi.

Apa yang dilihat dalam mimpi itu membawa perlambangan tertentu.

Dari dua contoh di atas, kita dapat ambil kesimpulan bahawa :

1) Matahari naik melambangkan sampai ajal
2) Tanah melambangkan mati.

Dalam Quran boleh difahami perlambangan ini. Contohnya:

1) Siapa mimpi tengok kitab, melambangkan dia akan dapat kekuatan kerana kitab itu manifestasi kekuatan.Namun, kena lihat keadaan kitab itru. Kalai ia terbuka , ia melambangkan kemasyhuran. Jika kita tertutup, lambang kepada khabar akan terpelihara. Kalau kitab di tangan kanak-kanak, ia lambang khabar gembira. Kalau kitab tergulung, itu lambang kematian.












0 comments: