Monday 23 March 2020

PERANG SABIL SYAITAN???

Jika kita menelusuri sejarah zaman sahabat sehinggalah zaman khalifah-khalifah daripada dinasti Bani Umayyah, Abbasiyyah hatta Othmaniyyah, kita akan temui ratusan peperangan. Sepertinya orang zaman itu hobinya berperang. Sebut sahaja tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah Bani Umayyah seperti mahlab bin Abi Safrah, Qutaibah bin MKuslim Al-Bahili, Muhamamd bin Alqasim, Maslamah bin Abd malik dan ramai lagi, mereka melakar sejarah mereka dengan peperangan. 

Kerana membaca sejarah ini sebelah mata, tidka meletakkan diri hidup pada zaman itu, maka Subhi Mansur, seorang leberalis asal Mesir melebelkan peperangan yang ditempuh itu bukan perang sabilillah, tetapi perang sabil Syaitan. 

Subhi mansur tidak hidup zaman itu. Dia hidup zaman menikmati keluasan wilayah Islam. Jika tidka kerana jihad para pendahulu yang membukan wilayah seperti Mesir itu, tak akanlah Subhi mansur kenal Islam. Tidaklah merasa duduk dalam Mesir Islam. Akan teruslah Mesir di bawah jajahan Romawi.

Negara-negara ummat Islam yang hari ini kita kenali, adalah jasa dari keringat dan darah para pejuang masa lalu. Para pejuang yang dilebelkan Subhi itu sebagai pahlawan jalan syaitan!

Kita patut meletakkan diri kita hidup pada zaman tersebut untuk menilai kewajaran sekian banyak peperangan yang diharungi oleh mereka yang melakar hidup dengan pedang dan gemirincingnya.

Rujuk tulisan Subhi Mansur:

Perang Sabil Syaitan

0 comments: