Thursday 29 July 2021

ABU ABDULLAH AS-SYI'I

 Lelaki ini adalah seorang yang misterius. Tidak banyak diketahui mengenainya. Apa yang disebut tentang dirinya, banyak pula khilaf para sejarawan. namun, dia adalah tokoh penting di sebalik tegak berdirinya kerajaan Fatimiyyah pada tahun 912 M di Maghribi.

Pendapat Ibn Athir dan Ibn Khalikan, dia berasal Son'a dan pendapat ini disokong oleh Ibn Uzari. Al-Qadhi An-Nukman kata asalnya adalah Kufah. Namanya .Kata MAqrizi, asalnya adalah Ram Hurmuz.

Dia digelar Al-Mu'allim. Beliau juga disebut dengan panggilan Abu Abdullah Ad-da'i dan ditambah As-Syi'i kerana kecenderungan alirannya.

Dakwahnya adalah untuk mengangkat Ubaidillah Al-Mahdi sebagai khalifah.

0 comments: