Tuesday 27 July 2021

PENTINGNYA USLUB YANG BETUL


 Seorang raja bermimpi. Mimpinya, semua giginya tercabut. baginda merasa terganggu dengan mimpi itu. lalu disuruh bawakan ahli nujum untuk menta'bir mimpinya itu. Lalu datanglah ahli nujum dan diapun mentafsirkan mimpi raja. Katanya, mimpi itu bermaksud semua pembantu raja akan mati. Raja jadi terkejut, marah dan takut. Lalu diperintahkan agar ahlil nujum itu dihukum pancung. baginda kemudiannya menyurug bawakan ahli nujum yang lain. Ahli nujum kedua ini pun berfikir dan dia berkata kepada raja. Mimpi raja membawa maksud raja paling panjang umur berbanding para pembantunya. raja rasa girang dan dia pun diberi hadiah.

Lihat...bukan tafsiran mimpi abli nujum pertama dan kedua mempunyai maksud yang sama. pembantu raja akan mati semuanya. Cuma, ahli nujum yang kedua menggunakan kaedah yang berhati-hati. Dia kata raja paling panjang umurnya! Maknanya, pembantu raja semua akan mati sebelum raja!

haha...raja itu nampak bongoknya...

0 comments: