Wednesday, 25 March 2020

Di sebalik wabak yang merebak, apa yang tersirat?

Hadis nabi yang disebutkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim, riwayat Abd Rahman bin Samrah ini membuatkan aku terfikir-fikir dan cemas.


يا عبدَ الرحمن بنَ سمرة، لا تسأل الإمارة؛ فإنكَ إنْ أُوتِيتَهَا عن مسألة وُكِلْتَ إليها، وإنْ أوتيتَها من غير مسألة أُعِنْتَ عليها
 
Bila jawatan kepimpinan diperolehi dengan hempas pulas dan perebutan yang tidka wajar, Allah wakilkan kepada yang yang menjabatnya dan Allah tinggalkan.  Jawatan hendaklah diperolehi dengan cara yang sah dan bukan diburu. Bukan dengan makar atau rampas kuasa. Jika demikian terjadi, Allah tinggalkan, dengan ertikata nusrah Allah tidak bersama.
 
Apakah kemelut yang melanda hari ini ada hubungkait dengan cara para pemimpin yang ada naik ke jinjang kuasa? Jika ada hubungkaitnya, jalan yang seharus dipilih ada serahkan semula hak memilih kepada rakyat. Biar para pemimpin naik dengan pilihan rakyat. Itulah waad yang telah dipersetujui sejak negara ini dibina. Manusia hendaklah berpegang kepada waadnya. 
 
Mungkin dengan cari itu inayah Allah akan kembali memimpin. Tidak kiralah siapa yang terpilih, pilihan itu adalah sah menurut waad bernegara. 
 
Kelihatan himpitan wabak yang melanda negara kini memperlihatkan ketidakupayaan para pemimpin melestarikannya. Jemputlah semula kebersamaan Allah dengan tajdid cara pemimpin naik ke jinjang kuasa. Biar ikut cara yang telah termeterai dalam tradisi yang dipersetujui. 
 
Ini hanya apa yang telintas dalam fikiran. Setelah melihat lelahnya cara dan kudrat. Mungkin di sebaliknya ada yang tersirat. Kita hanya cuba-cuba menelah yang tersirat.

Monday, 23 March 2020

PERANG SABIL SYAITAN???

Jika kita menelusuri sejarah zaman sahabat sehinggalah zaman khalifah-khalifah daripada dinasti Bani Umayyah, Abbasiyyah hatta Othmaniyyah, kita akan temui ratusan peperangan. Sepertinya orang zaman itu hobinya berperang. Sebut sahaja tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah Bani Umayyah seperti mahlab bin Abi Safrah, Qutaibah bin MKuslim Al-Bahili, Muhamamd bin Alqasim, Maslamah bin Abd malik dan ramai lagi, mereka melakar sejarah mereka dengan peperangan. 

Kerana membaca sejarah ini sebelah mata, tidka meletakkan diri hidup pada zaman itu, maka Subhi Mansur, seorang leberalis asal Mesir melebelkan peperangan yang ditempuh itu bukan perang sabilillah, tetapi perang sabil Syaitan. 

Subhi mansur tidak hidup zaman itu. Dia hidup zaman menikmati keluasan wilayah Islam. Jika tidka kerana jihad para pendahulu yang membukan wilayah seperti Mesir itu, tak akanlah Subhi mansur kenal Islam. Tidaklah merasa duduk dalam Mesir Islam. Akan teruslah Mesir di bawah jajahan Romawi.

Negara-negara ummat Islam yang hari ini kita kenali, adalah jasa dari keringat dan darah para pejuang masa lalu. Para pejuang yang dilebelkan Subhi itu sebagai pahlawan jalan syaitan!

Kita patut meletakkan diri kita hidup pada zaman tersebut untuk menilai kewajaran sekian banyak peperangan yang diharungi oleh mereka yang melakar hidup dengan pedang dan gemirincingnya.

Rujuk tulisan Subhi Mansur:

Perang Sabil Syaitan

Thursday, 12 March 2020

QUTAIBAH BIN MUSLIM AL-BAHILI DAN SEORANG BADWI



من نوادر الأعراب ما يروى من أن الأمير قتيبة بن مسلم الباهلي كان في سفر ومعه بعض أصحابه وأقاربه، وخيموا في الطريق التماساً للراحة، فلمح قتيبة أعرابيا جافيا يمر بهم فقال لأحد أقاربه ويدعى عبدالله، يا عبدالله عليك به.

وهو يريد بذلك أن يسمع أجوبة الأعرابي، فقال له عبدالله أيها الأمير إن ألسنة الأعراب حادة، وأجوبتهم جادة، وقد يصيبنا منه ما نحن في غنى عنه. قال لا بد فنادى عبدالله على الأعرابي فأقبل وألقى السلام فقال له اجلس. ثم سأله: ممن الرجل؟

قال الأعرابي: من قبيلة عاملة. قال نعم قبيلة معروفة ذكرت في القرآن! فعجب الأعرابي وفرح وشعر بالفخر وقال كيف هذا؟ قال: جاء في القرآن: عاملة ناصبة. تصلى نارا حامية. فوجم الأعرابي وأحبط وقال لعبدالله وأنت أيها الرجل، من أي قوم إذاً؟

(ويبدو أن عبدالله خشي لسان الأعرابي)، فقال: أنا من قبيلة كبيرة عظيمة لست أذكرها لك تصريحا ولكني أسألك: ما رأيك في قبيلة باهلة؟

فقال الأعرابي ـ في تخابث ـ ما سمعت بها، وهل هناك من قبائل العرب ما يدعى باهلة؟ فضحك الجالسون. فقال عبدالله: أتحب أن تكون وزيرا وأنت باهلي؟ فقال الأعرابي: أعوذ بالله! قال: أيسرك أن تكون أميرا وأنت باهلي؟ قال معاذ الله! قال: أيسرك أن تكون خليفة على الناس وأنت باهلي؟ قال:

لا والله ولا أن يكون لي ما طلعت عليه الشمس. فقال له عبدالله: أيسرك أن تدخل الجنة وأنت باهلي؟ فتفكر الأعرابي ثم قال: أقبل بشرط واحد، هو ألا يعلم أهل الجنة أني باهلي! فاستغرق الجالسون ضحكا وانخذل عبدالله. فنظر إليه الأعرابي وقال: إني والله أخشى أن تكون باهليا.

قال: نعم أنا باهلي. فإذا الأعرابي يهبُّ من مجلسه ويهجم على عبدالله فيتناول يده ويقبلها ويمسح وجهه في ثياب عبدالله فعجب الجالسون، وقال له عبدالله: فيم هذا؟ قال: والله ما ابتلاك الله بهذا المصاب إلا وقد محا به جميع ذنوبك، فمثلك يُتبَرَّك به! فضج القوم بالضحك، ومال عبدالله على قتيبة وقال: أما قلت لك قد يصيبنا من لسانه ما لسنا له بِقِبَل.

Wednesday, 15 January 2020

دليل الرحمن للوقاية من الإصابة بالعين والسحر والشيطان والجان

Link:

DALILU RAHMAN LIL WIQOYAH

Tuesday, 9 July 2019

MAHMUD MUHAMMAD TOHA

Lahir tahun 1909 di bandar Rifa'ah, Tengah Sudan.

Jemaahnya -Jumhuriyyun

Orang selalu sebutnya sebagai Mufakkir Islami Sudan

18 Januari 1985 dihukum bunuh atas tuduhan murtad oleh Mahkamah Sudan.

Pemikirannya berasaskan dakwaan bahawa Islam sebenar adalah Islam Zaman Mekah.

Atas dasar itu, beliau menyeru kepada pemansuhan Jihad kerana ayat-ayat Quran yang turun mengenai Jihadi adalah zaman Madinah.

Tahun 1967- Beliau menyeru agar hentikan peperangan dengan Israil dan menyeru kepada perdamaian.

Beliau mengemukan pendapat tentang konsep solat. Solat bukan perentah berterusan tetapi sememntara. hanya perlu dilakukan pada peringkat Islam dan Iman. Lepas sudah jadi beriman, tak perlu solat lagi. Solat pun, kalau mahu buat hanya dalam bentuk munajat. Tiada Rukuk dan tiada sujud. Itulah munajat hati dan fikir. Solat lima waktu tiada lagi!


Baginya juga, zakat bukan wajib. Siapa yang nak keluarkan, boleh. Selepas nabi wafat, zakat pun tidka wajib lagi (Macam dakwaan Tulaihah bin Khuwailid dan Abu Aswad Al-Ansi yang diperangi zam,an Abu Bakar))

Atas 3 faktor ini, Mahmud Muhamamd Toha dihukum murtad oleh mahkamah Sudan dan dijatuhkan hukuman bunuh.


Selain itu, beliau juga menyeru persamaan antara lelalaki dan perempuan. Tiada beza dalam pusaka. Ayat yang sebut lelaki dua kali wanita itu adalah ayat Madani yang bukan bertujuan mewajibkannya. ia adalah satu bentuk tadriji yang mengeluarkan wanita daripada mangsa kezaliman masyarakat kepada keadilan Islam.

Beliau juga mengatakan hukum hijab tak ada dalam Islam.

Perkahwinan kekal-tiada talak

Poligami haram kecuali dalam keadaan isteri sakit dan itupun kena dimaklumkan isteri. Poligamin di luar pengetahuan isteri adalah batal.

Bergaduh dengan Ikhwanul Muslimin.

Sudan dibawah pimpinan Ja'far An-Numairi, tahun 1985 tangkap dan jatuhkan hukuman bunuh atasnya.

Ja'far An-Numairi laksanakan hudud dan Jizyah atas kaum Kristian. Ditentang oleh Mahmud Mumamad Toha.

Nota Penulis:

Kalau nak fikir...domba do padang pun boleh fikir. Sekadar fikir apa susah. Tapi, biarlah fikir berteraskan wahyu. Bukan membangkang wahyu. bagaimana mahu digelar mufakkir islam kalau hasilnya merobek pusaka Islam.

Sunday, 30 June 2019

ABU HAYYAN AT-TAUHIDI PERIBADI YANG DIPERSELISIHKAN

Namanya :Ali bin Muhammad Al-Abbas At-tauhidi Al-Baghdadi


Hidup: 310-414 H

Beliau bukanlah Abu Hayyan Al-Andalusi yang hidup antara tahun 654-745 H

Kata Imam Az-Zahabi  tentangnya:

أبو حيان التوحيدي ، الضال الملحد ، أبو حيَّان ، علي بن محمد بن العباس البغدادي الصوفي ، صاحب التصانيف الأدبية والفلسفية ، ويقال : كان من أعيان الشافعية 

Kata Ibn Al-Jauzi:

 زنادقة الإسلام ثلاثة : ابن الراوندي ، وأبو حيان التوحيدي ، وأبو العلاء المعري ، وأشدهم على الاسلام : أبو حيان ؛ لأنهما صرَّحا ، وهو مجمج ولم يصرح

Zindiq dalam Islam ada 3: Ibn Ar-Rawindi, Abu Hayyan At-Tauhidi dan Abu Al-'Ala' Al-Mi'ri . Yang paling bahaya untuk Islam adalah Abu hayyan kerana yang dua lagi itu mempamerkan zindiqnya sedangkan Abu Hayyan  tidak.

Wednesday, 20 December 2017

MENCINTAI ORANG SOLEH

Bersahabat dengan orang yang soleh, akan mengangkat kemuliaan diri. Lihat sahaja bagaimana mendapat kemuliaan oleh seekor anjing yang menurut Ashabul Kahfi. Ia disebutkan dalam Al-Quran , surah Al-Kahfi sebanyak 4 kali. Kerana dia mengikut Ashabul Kahfi, ia disebut dalam kitab suci. Oh...sungguh bertuah anjing itu. Jika tidak kerana dia mengikut gerombolan pemuda beriman itu, tiadalah bezanya ia dengan anjing-anjing yang lain.

Begitulah anda wahai insan...jika anda bersahabat dengan orang soleh, anda akan jadi mulia. Jika temanmu seornag Wali Allah, kamu akan mendapat kemuliaan juga di sisi Allah. Itulah faedah berteman dengan orang soleh. Setelah berteman, hendaklah mencintai teman itu. Janganlah pula kalau berteman, lalu membuat angkara dan menyebar kebencian. Itu bukan teman namanya.

Dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Kitab  Manaqib Sahabat-Bab Manaqib Umar Al-Khattab, sebutkan kisah seorang lelaki yang datang bertanya kepada nabi SAW:


يا رسول الله، متى الساعة؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ما أعددت لها) قال: حب الله ورسوله. قال: (فأنت مع من أحببت). في رواية قال أنس بن مالك: فما فرحنا بعد الإسلام فرحا أشد من قول النبي صلى الله عليه وسلم: (فأنت مع من أحببت). قال أنس: فأنا أحب الله ورسوله وأبا بكر وعمر، فأرجو أن أكون معهم وإن لم أعمل بأعمالهم.

Wahai Rasulullah! Bilakah akan berlakunya Kiamat? Kata Rasulullah SAW: Apa yang kamu sediakan untuknya? Lelaki itu menjawab: Aku tidak tidak sediakan apa-apa melinkan kecintaanku kepadamu. Balas Rasulullah SAW: Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai. Dalam riwayat itu, Anas berkata: Kami tidak pernah rasa segembira hari itu sejak menjadi Islam lantaran mendengar perkataan Rasulullah SAW iaitu: Kamu akan bersama orang yang kamu cintai. Lalu kata Anas: Aku mencintai Rasulullah SAW, dan juga Abu Bakar serta Umar dan aku berharap akan bersama mereka di akhirat sekalipun amalku tidak seperti mereka.